Tujuan pembaca
membaca teks adalah untuk memahami teks yang dibaca. Bagi menimbulkan minat
pembaca membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi masa lapang, bahan
bacaan tersebut perlu dipilih berdasarkan kriteria yang betul. Hal ini untuk
mengelakkan pembaca bosan dengan bahan bacaan tersebut dan menjadikan pembaca
mendapat manfaat daripada kandungan teks yang dibaca. Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, aspek bacaan dan pemahaman amat penting dan perlu diberi
perhatian kerana kemahiran itu menentukan kejayaan penguasaan pelajar dalam
bacaan. Kejayaan ini dapat dicapai jika pelajar mahir dalam pemilihan bahan
bacaan untuk menjadi pengguna bahasa yang baik.
Aktiviti membaca merupakan sesuatu yang amat penting kepada setiap individu termasuklah pelajar. Proses bacaan secara teratur dapat menyerap konsep, teori, analisis, cerita, dan sebagainya dengan baik. Pembacaan yang berterusan dapat mengembangkan diri dalam bidang tertentu malah dapat mengikuti setiap perkembangan baru yang terjadi. Bagi mendapat keyakinan, kesempurnaan dan keselesaan ketika proses membaca berlaku, pelajar perlu memilih bahan bacaan yang sesuai dan bermutu. Pembaca tidak boleh berdalih daripada masalah ini kerana kegiatan membaca boleh dianggap sama penting dengan kegiatan makan dan minum. Tanpa membaca maka pengetahuan akan menjadi layu (Rooijakers, 1981).
Dalam Al-Quran sendiri ada menyebut
mengenai seseorang itu perlu membuat pilihan dalam setiap perkara dari yang baik.
Surah Al-Zumar ayat 17-18 yang bermaksud: “..oleh itu gembirakanlah
hamba-hambaKu. (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang
sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang
diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab”.
Menurut Yahya Othman (2005), Ada beberapa
tiga cara yang disyorkan dalam membuat pilihan bahan bacaan.
1.
Menentukan
Tahap Kesukaran
Pembaca perlu
menentukan tahap kesukaran bahan yang hendak dibaca. Jika pembaca memilih bahan
bacaan yang mempunyai tahap kesukaran yang tinggi akan menyebabkan pembaca kurang
mendapat pemahaman dari bahan bacaan tersebut. Pembaca juga perlu pastikan
bahan bacaan itu hanya mempunyai sedikit kesukaran. Jika terlalu banyak pembaca
tidak faham terhadap sesuatu terutamanya istilah dan perlu merujuk kamus akan
menyebabkan pembaca letih, keliru dan putus asa untuk meneruskan proses
membaca. Hal ini kerana pembaca perlu mengumpulkan semua makna istilah atau
kata-kata yang baru diterima untuk difahami dan ia memerlukan masa yang panjang
bagi sesetengah pembaca.
Oleh itu, pembaca perlu memulai
proses membaca dengan memilih bahan bacaan yang mudah difahami. Apabila sudah
berasa selesa barulah beralih kepada tahap kesukaran yang sedikit tinggi. Semua
bidang memang disediakan bahan bacaan untuk semua peringkat, dari yang tidak
tahu langsung sehinggalah ke peringkat yang memboleh pembaca mengkritik bahan
bacaan tersebut. Jadi, pembaca hanya perlu mencari bahan bacaan yang mudah. Bagi
sesetengah pembaca, mereka lebih tertarik dan menyukai jika bahan bacaan
tersebut turut disertakan dengan gambar, jadual, pelan dan sebagainya. Tiada alas
an bagi pembaca untuk mengelakkan diri dari membaca kerana sekarang ini
teknologi teknologi semakin canggih dan kemudahan untuk membaca senang
diperoleh.
2.
Memilih
Tajuk Bacaan
Cara seterusnya
adalah dengan memilih tajuk bahan bacaan. Pembaca yang bijak akan memilih tajuk
bahan bacaan yang biasa dan selesa dengan dirinya. Kebiasaaan pemabca dengan
sesuatu tajuk membantu pembaca untuk lebih mudah meneka makna perkataan yang
jarang ditemui. Keadaan ini dapat mengurangkan jurang pengetahuan bahasa
pembaca. Sebagai contoh, seseorang yang baru hendak berjinak dengan akhbar
perlu membaca teks akhbar yang tajuk menarik dan sesuai dengannya. Apabila sudah
mempunyai sedikit pengetahuan, barulah beralih kepada tajuk yang lain.
3. Bahan Bacaan yang Menarik
Buku yang baik
mampu menarik perhatian calon pembaca. Pelajar atau pembaca perlu memilih bahan
bacaan yang difikirkan dapat mendatangkan minat untuk terus membaca. Sekiranya
didapati bahan yang dibaca itu menarik, pelajar mungkin meneruskan bacaannya
dan situasi ini menunujukkan sebahagian daripada kejayaan pelajar.
Sebagainya contoh, sekiranya pelajar
merancang hendak menjadi pengarang buku, pelajar akan mencari bahan bacaan yang
berkaitan dengannya seperti panduan dan tips-tips untuk dijadikan contoh dan
rujukan. Pelajar akan melanggan buku-buku yang datang daripada pengarang yang
dicontohinya dari pelbagai negara. Akhbar dan majalah begitu sesuai untuk
pelajar yang belajar membaca kerana bahan bacaan yang terkandung di dalamnya
menawarkan sesuatu untuk semua golongan. Ia mengandungi petikan daripada
pelbagai tahap kesukaran dan selalunya mempunyai gambar dan ilustrasi dan boleh
menimbulkan minat membaca.
-----------------------------------------------------------------------------------
Strategi
Membina Kemahiran
Ø Pilih petikan yang mudah
Ø Membuat andaian
-----------------------------------------
Bibliografi
Rooijakers
(1981). Mengajar dengan sukses. Indonesia : Grasindo.
Yahya Othman
(2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Pahang :
PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Shaharom TM
Sulaiman & Suriati Shamsuddin (2004). Ada apa dengan buku.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment