Sunday, 14 April 2013

Belajar Membaca

Membaca merupakan amalan penting dan mestilah menjadi satu budaya dalam masyarakat kita hari ini. Oleh itu, amalan membaca ini hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi dan ibu bapa hendaklah menjadi pencetus utama anak-anak untuk minat membaca umpama pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.  Oleh itu, beberapa kaedah atau cara-cara yang sesuai untuk mengajar anak-anak belajar membaca perlu dilakukan untuk memastikan masyarakat kita tidak tergolong dalam golongan “buta huruf”.
            Antara kaedah yang dapat dilakukan ialah “kaedah fonetik” iaitu membaca dengan memperkenalkan bunyi secara sistematik.  Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu (Othman Ahamad, 2007).

            Selain itu, kaedah untuk membaca juga penting untuk memastikan bahan bacaan tersebut sentiasa diingati. Kaedah yang boleh digunakan juga ialah kaedah SQ3R. Kaedah ini dikemukakan oleh Francis P. Robinson pada tahun 1941 yang menjadi kaedah membaca popular. Kaedah ini melibatkan lima langkah dalam membaca, iaitu Survey, Question, Read, Recite dan Review. (Adenan Ayob & Abdullah Yusof, 2010) 

        Kesimpulannya, amalan membaca ini haruslah menjadi darah daging dalam masyarakat kita kerana membaca memberikan banyak manfaat dan ianya sangat penting. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan yang penting untuk mencapai matlamat masyarakat yang membudayakan amalan membaca. 

No comments:

Post a Comment