Apa itu membaca??
Membaca merupakan aktiviti yang penting dalam
kehidupan seseorang. Hal ini demikian
kerana, menerusi pembacaan, seseorang dapat menambah ilmu pengetahuan dan
memperoleh maklumat. Oleh sebab itulah
membaca merupakan asas dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Terdapat banyak huraian atau pendapat tokoh
mengenai takrifan membaca.
- jom baca -
Menurut Harris dan Sipay (1980), membaca
dikatakan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas
lambang-lambang bercetak dan bertulis.
Proses membaca juga dkatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk
visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui
melalui pengalaman.
Yahya Othman (2003) pula memberikan definisi
membaca sebagai proses interaksi antara teks dan imaginasi pembaca yang
memerlukan usaha berterusan melalui amalan kognitifnya bagi memahami makna teks
yang dibaca. Membaca juga boleh
dikatakan sebagai proses mental yang aktif yang melibatkan pengajaran
mendapatkan makna daripada teks (Pearson dan Tierney, 1984). Smith dan Johnson (1980) memberikan penegasan
dalam mentakrif proses membaca. Menurut
pandangan mereka, inti bagi proses membaca ialah komunikasi yang
diwujudkan. Oleh itu, seseorang tidak
dikira membaca jika tidak memahami maksud yang disampaikan oleh penulis
menerusi penulisannya.
Kesimpulannya, membaca merupakan gabungan huruf-huruf, susunan kata-kata atau simbol yang mempunyai makna yang tersendiri yang dapat dapat difahami serta mengikut tatabahasa yang betul dalam konteks yang tertentu. Banyak manfaat yang dapat diperoleh melalui amalan membaca.
No comments:
Post a Comment