Sunday, 24 March 2013

Teori-teori Proses Membaca


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri pada kali ini kami kongsikan tentang teori-teori dalam proses membaca. Apakah yang anda faham tentang teori membaca? Jom kita selami sedikit perkongsian ilmu tentang teori membaca di bawah. =)

iv) Apakah itu model Bottom Up?

Model Bawah ke Atas dibincangkan oleh beberapa orang pengkaji.  Namun begitu, tokoh utama yang banyak mengkaji model ini ialah Gough (1972, 1985).  Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca apabila matanya mengenal pasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibacanya melalui siri perbuatan yang berterusan.  Proses ini bermula secara linear iaitu bermula dengan mengecam dan mengenal pasti huruf, menghubungkan cirri-ciri bagi mengenal huruf, menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan iaitu fonem, menghubungkaitkan perkataan-perkataan dan akhirnya menghasilkan proses membina ayat, paragraph dan semantik. Model ini sangat bermanfaat bagi golongan membaca yang lemah dalam bahasa pertama dan bahasa kedua.  Hal ini demikian kerana, golongan ini lebih memfokuskan tahap perkataan bagi teks daripada makna secara global.






ii) Apakah itu Model Top Down?

Model Atas ke Bawah ini berasaskan model psikolinguistik oleh Goodman (1967, 1970) dan Smith (1971, 1978).  Model ini memberi penekanan terhadap pembaca dan pergerakan bahan bacaannya yang masih lagi bersifat linear tetapi bergerak dari atas ke bawah.  Tambahan lagi teori ini mengemukakan fenomena di mana makna tidak terdapat di dalam teks yang dibaca tetapi makna diberikan oleh pembaca itu sendiri.  Pembaca akan memahami teks yang dibaca walaupun tidak mengenal setiap perkataan yang dibaca.  Demikian hal itu, pembaca akan menggunakan makna dan isyarat bahasa serta pengetahuan bahasa yang sedia ada bagi mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali.  Hal ini demikian kerana, focus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat, pragraf dan keseluruhan bahan bacaan.  Selain itu, perkara penting dalam bacaan adalah jumlah dan jenis meklumat penting yang diperoleh semasa melakukan aktiviti bacaan. Model Atas ke Bawah ini menunjukkan bahawa pemahaman teks adalah lebih penting berbanding penggunaan bahasa dan maklumat. 




iii) Apakah itu model Interaktif?

Model interaktif merupakan model pembelajaran yang bersifat kognitif.  Antara tokoh utama dalam model interaktif ialah Stanovich ,1980 dan Rumelhart, 1990.  Berdasarkan model ini, pembaca mendapatkan makna daripada bahan bacaan yang dibaca melalui struktur permukaan bahasa, struktur dalaman bahasa serta melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada. 
            Tambahan lagi, proses interaktif ini menggunakan cetakan sebagai input dan makna sebagai out put.  Model Atas ke Bawah dan Bawah ke Atas boleh timbul secara silih berganti atau serentak dalam proses membaca bergantung kepada pembaca dan juga teks.  Model ini mencadangkan pembaca membina makna dengan cara memilih maklumat daripada semua sumber makna tanpa mematuhi mana-mana arahan.  Namun begitu, pembaca hendaklah menggunakan semua peringkat proses membaca.
  


iv) Apakah itu Model Transactional?

Penyelidik utama dalam bidang penyelidikan bacaan berasaskan teori transactional ialah Louise Rosenblatt yang juga merupakan pelopor teori.  Dia dibantu oleh Dewey dan Bently yang mencadangkan bahawa pembelajaran bukan merupakan interaksi tetapi pembelajaran adalah transaksi.  Dalam model transactional ini, membaca merupakan proses membina makna daripada kombinasi pembaca tertentu, pada masa atau konteks tertentu, dengan teks tertentu.  Ia merupakan suatu transaksi antara pengarang, pembaca dan teks. 
Tambahan lagi, membaca adalah aktiviti memilih iaitu pembaca membawa perasaan, sikap, jangkaan, dan tujuan untuk setiap teks dan ia mambawa kepada makna atau penimbulan.  Namun demikian, pendirian, pendirian pembaca yang akan menentukan pengalaman yang diperoleh daripada teks itu. 
Kesimpulannya, model transactional ini menunjukkan bahawa membaca merupakan proses yang melibatkan pembaca, masa atau konteks serta teks yang menghasilkan makna yang tersendiri. 


No comments:

Post a Comment